screenshot_118-copy

HARI 1: KLIA – MEKAH 

  • Bertolak: Jemaah di minta berada dan berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Wakil kami akan berada di kaunter yang berkenaan untuk menguruskan daftar masuk jemaah.
  • Niat Miqat Umrah Pertama: Jemaah berniat Miqat di atas kapal terbang selepas mendengar pengumuman juruterbang.
  • Ketibaan: Setiba di Mekah serta selesai urusan daftar bilik dan kendiri, jemaah akan di bimbing oleh mutawif untuk menunaikan Umrah Pertama.

HARI 2: MEKAH

  • Aktiviti bebas: Jemaah di galakkan memperbanyakan ibadah dan tawaf sunat.

HARI 3: MEKAH

  • Ziarah Luar 1: Jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Kota Mekah seperti GuaHira, Jabal Nur (Arafah), JabalTsur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Ja’ranah.
  • Niat Miqat Umrah ke 2: Jemaah akan niat miqat di Masjid Ja’ranah sekiranya ingin menunaikan umrah.

HARI 4: MEKAH

  • Aktiviti bebas: Jemaah di galakkan memperbanyakan ibadah dan tawaf sunat.

HARI 5: MEKAH

  • Ziarah Luar 2: Jemaah akan melawat tempat bersejarah Perjanjian Hudaibiyah dan Muzium Haramaian.

HARI 6: MEKAH

  • Aktiviti bebas: Jemaah di galakkan memperbanyakan ibadah dan tawaf sunat.

HARI 7: MEKAH – MADINAH

  • Pulang dari Mekah: Jemaah di kehendaki mengerjakan tawaf wada’ sebelum meninggalkan kota Mekah.
  • Ketibaan: Setiba di Madinah serta selesai urusan daftar bilik, jemaah di berikan ruang untuk berehat dan aktiviti bebas.

screenshot_118

HARI 8: MADINAH

  • Ziarah Dalam: Jemaah akan di bawa menziarahi Sekitar Masjid Nabawi, Raudah, Makam Rasullulllah SAW, Abu Bakar As Siddiq & Umar Al Khattab dan Perkuburan Baqi’.

HARI 9: MADINAH

  • Ziarah Luar: Jemaah akan di bawa melawat sekitar Bandar Madinah, Jabal Uhud, Masjid Tujuh (Medan Peperangan Khandaq), Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Pasar/Kebun Kurma, Kilang Al Quran.

HARI 10: MADINAH

  • Aktiviti Bebas: Jemaah di galakkan memperbanyakan ibadah dan ziarah makam Rasulullah.

HARI 11: MADINAH – KUALA LUMPUR

  • Pulang dari Madinah: Ziarah wada’ Makam rasullullah.
  • Penerbangan Balik: Bersiap-siap pulang.

HARI 12: MADINAH – KUALA LUMPUR

  • Ketibaan: di lapangan terbang KLIA.