MUAT TURUN PAKEJ KEMBARA UMRAH SIRAH 2018


 Jadual Penerbangan

TARIKH PERLEPASAN KETIBAAN NO PENERBANGAN MASA
13 FEB 2018 KUALA LUMPUR MADINAH SV 831 1500 – 1905
23 FEB 2018 JEDDAH KUALA LUMPUR SV 840 2035 – 1010+1

 


MAKLUMAT PAKEJ


  PAKEJ IQTISAD


Bilik berempat 

RM 6,750

Bilik bertiga

RM 7,050

Bilik berdua

RM 7,550

Hotel Penginapan  

Hotel Mekah : Anwar Deafah (250 meter) / setaraf

Hotel Madinah : Nozol Royal Inn (120 meter), 4 bintang / setaraf

NOTA: Jika jemaah inginkan hotel yang lain, jemaah boleh menaiktaraf pakej hotel lain. Boleh rujuk pihak kami untuk maklumat lanjut.

Pelan Makan  

Mekah & Madinah : Makan catering 3 kali sehari. Sarapan, Makan tengahari, Makan Malam

  PAKEJ HAFIYA PLUS


Bilik berempat

RM 7,950

Bilik bertiga

RM 8,350

Bilik berdua

RM 8,950

Hotel Penginapan

Hotel Mekah : Al Safwah/setaraf

Hotel Madinah : Nozol Royal Inn (120 meter), 4 bintang / setaraf

NOTA: Jika jemaah inginkan hotel yang lain, jemaah boleh menaiktaraf pakej hotel lain. Boleh rujuk pihak kami untuk maklumat lanjut.

Pelan Makan

Mekah : Sarapan Pagi di Hotel (Tambahan Makan Tengah hari dan Makan Malam di hotel dengan bayaran tambahan)

Madinah : Makan catering 3 kali sehari. Sarapan, Makan tengahari, Makan Malam

 


Pakej Termasuk  

  • Bimbingan Umrah pertama dari Mutawif berpengalaman
  • Ziarah Makkah & Madinah bersama sama
  • Jadual aktiviti yang tersusun dan teratur
  • Kelas ibadah umrah 2 kali ( di Malaysia & di tanah suci)
  • Insurans Takaful untuk jemaah 65 tahun ke bawah
  • Cenderamata dari MIMM Travel (Bag troli, bag silang, woven bag, dll)
  • Pengurusan Visa Umrah sepenuhnya
  • Tiket Penerbangan Pergi Balik
  • Penginapan 5 malam di Makkah, 4 malam di Madinah & 1 malam di Jeddah 
  • Pengangkutan penuh sepanjang trip mengikut atur cara
  • Ziarah tempat bersejarah di Madinah & Makkah
  • Cenderamata Air Zamzam 5 liter setiap seorang

 NOTA TAMBAHAN

  1. Tarikh penerbangan diberi adalah “Confirmed Date” .
  2. Hotel mungkin berubah tetapi perubahan akan berdasarkan setaraf / sejarak . Sebarang perubahan akan dimaklumkan selewat-lewatnya 1 bulan sebelum penerbangan.
  3. Hotel di dalam pakej “Kembara Sirah Bersama Dr Jefri”  ini merupakan daripada Pakej Iqtisad dan Hafiya Plus (Upgrade ke hotel 5 Bintang di Mekah)
  4. Permohonan pembatalan tertaluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Akta Industri Pelancongan 1992

Jefri Irwan b. Harris Gunawan

Jefri Irwan b. Harris Gunawan atau lebih dikenali dengan Dr Jefri Harris merupakan seorang doktor perubatan terlatih dalam psikiatri dan psikologi. Beliau sangat aktif berdakwah disamping kerja kerja perubatan di klinik beliau. Beliau sangat bersemangat untuk berkongsi pengetahuan tentang Islam terutama melalui kisah tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW , Hadith dan Perbandingan Agama. Beliau turut aktif dalam pengendalian muallaf dan menyediakan kaunseling perkahwinan / keluarga

    Pendidikan  

    MBBS, International Islamic University Malaysia – 2004
    Diploma Islamic Studies, Arees University, USA – 2014

    Pengalaman Karier 

    Pengerusi & Penceramah, Global Life Centre, Ipoh Perak — 2015-sekarang

    Pelatih & Penceramah , Interactive Dakwah Training, Kuala Lumpur — 2014-sekarang

    Pegawaii Perubatan Residen, UniKL-RCMP Medical Centre, Ipoh, Perak — 2014 to 2015

    Pensyarah Pelatih, UniKL-RCMP, Ipoh Perak — 2008-2014

    Latihan Klinikal di Psychiatry & Psychology, Hospital USM, Kelantan — 2009-2014

    Penolong Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri, Perak — 2007-2008

    Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Klinik Kesihatan Changkat Lada, Perak — 2006-2007

    Pegawai Perubatan, Hospital Teluk Intan, Perak — 2005-2006

    Pegawai Perubatan, Hospital Ipoh, Perak — 2004-2005

    HARI 1:  KLIA – MADINAH (13 FEB 2018 – SELASA)

    Bertolak: Jemaah di minta berada dan berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Wakil kami akan berada di kaunter yang berkenaan untuk menguruskan daftar masuk jemaah.
    Ketibaan: Setiba di Madinah serta selesai urusan daftar bilik, jemaah di berikan ruang untuk berehat dan aktiviti bebas.

    HARI 2: MADINAH (14 FEB 2018 – RABU)

    Ziarah Dalam:Jemaah akan di bawa menziarahi sekitar Masjid Nabawi, Raudah, Makam Rasullulllah SAW, Abu Bakar As Siddiq & Umar Al Khattab dan Perkuburan Baqi’.

    HARI 3: MADINAH (15 FEB 2018 – KHAMIS)

    Ziarah Luar: Jemaah akan di bawa melawat sekitar Bandar Madinah, Jabal Uhud, Masjid Tujuh (Medan Peperangan Khandaq), Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Pasar/Kebun Kurma.

    HARI 4: MADINAH (16 FEB 2018 – JUMAAT)

    Aktiviti Bebas: Jemaah di galakkan memperbanyakan ibadah dan ziarah makam Rasulullah.

    HARI 5: MADINAH – MEKAH (17 FEB 2018 –  SABTU)

    Pulang dari Madinah: Ziarah wada’ Makam rasullullah.
    Niat Miqat Umrah Pertama:Jemaah akan di bawa untuk berniat miqat di Masjid Bir Ali.
    Ketibaan: Setiba di Mekah serta selesai urusan daftar bilik dan kendiri, jemaah akan di bimbing oleh mutawif untuk menunaikan Umrah Pertama.

    HARI 6: MEKAH (18 FEB 2018 –  AHAD)

    Aktiviti bebas: Jemaah di galakkan memperbanyakan ibadah dan tawaf sunat.

    HARI 7: MEKAH (19 FEB 2018 –  ISNIN)

    Ziarah Luar 1: Jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Kota Mekah seperti GuaHira, Jabal Nur (Arafah), JabalTsur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Ja’ranah.
    Niat Miqat Umrah ke 2: Jemaah akan niat miqat di Masjid Ja’ranah sekiranya ingin menunaikan umrah.

    HARI 8: MEKAH (20 FEB 2018 –  SELASA)

    Ziarah Luar 2: Jemaah akan melawat tempat bersejarah Perjanjian Hudaibiyah dan Muzium Haramain.

    HARI 9: MEKAH (21 FEB 2018 –  RABU)

    Ziarah Luar 3: Jemaah akan melawat tempat bersejarah di Taif
    Niat Miqat Umrah ke 3: Jemaah akan niat miqat di Masjid Qarnul Manazil sekiranya ingin menunaikan umrah.

    HARI 10: MEKAH (22 FEB 2018 –  KHAMIS)

    Pulang dari Mekah: Jemaah boleh mengerjakan tawaf wada’ sebelum meninggalkan kota Mekah.
    Ziarah: Lawatan sekitar Jeddah seperti Masjid Qisas dan Al Balad.
    Ketibaan: Setiba di Jeddah serta selesai urusan daftar bilik, jemaah di berikan ruang untuk berehat dan aktiviti bebas seperti membeli belah di kawasan Balad.

    HARI 11: MEKAH – KUALA LUMPUR (23 FEB 2018 –  JUMAAT)

    Penerbangan Balik: Bersiap-siap pulang.

    HARI 12: MEKAH – KUALA LUMPUR (24 FEB 2018 –  SABTU)

    Ketibaan: Ketibaan di lapangan terbang KLIA.


    Nota : Jadual adalah sebagai panduan sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada jemaah.

     

    Hubungi kami 

    MIMM TRAVEL & TOURS SDN BHD (KPK7265)
    No Pejabat : +603 4162 7879
    No Fax : +603 4162 4687
    Email : mimmtravel@gmail.com
    Hubungi Wakil Umrah Kami
    Isi form online untuk penjelasan lanjut


    Anda perlukan penjelasan dari kami? Isi borang online di bawah 

    Pihak syarikat akan menghubungi anda untuk penerangan lanjut