Apa keringanan bagi Musafir ketika melancong?

 

Islam merupakan ajaran yang sempurna. Bagi hamba yang berada dalam kesulitan, maka ia mampu meraih kemudahan termasuk mengenai perkara ini ketika melancong atau melakukan perjalanan jauh. Berikut beberapa keringanan tersebut:

1. Mengqasar solat

Yang menjadikan solat dari 4 raka’at menjadi 2 raka’at. Satu-satunya perkara yang boleh mengqasar solat hanyalah ketika berkeadaan safar. Oleh kerana itu, safar selalunya disandarkan pada qasar kerana mengqasar solat hanya diperuntukkan bagi orang yang melakukan safar.

2. Menjamak

Iaitu menggabungkan dua solat dan dilakukan pada salah satu waktu. Solat Zohor dengan solat Asar, juga solat Maghrib dan solat Isya’ pada salah satu waktu solat. Bila dikerjakan di waktu solat  pertama disebut jamak Taqdim. Bila dikerjakan di waktu solat kedua disebut jamak Takhir. Sebab menjamak solat lebih umum daripada mengqasar solat. Oleh kerana itu, terdapat hal-hal yang membolehkan menjamak solat selain safar seperti sakit, istihadah, ribut hujan, jalan yang berlumpur, udara yang dingin dan keperluan-keperluan yang lain. Menjamak solat merupakan lebih utama ditinggalkan kecuali memang ada keperluan untuk menjamaknya, untuk mendapatkan solat berjama’ah atau kerana sukar mengerjakan solat di setiap waktu.

3. Tidak berpuasa pada siang hari di bulan Ramadhan, jika memang perjalanannya dalam keadaan kesukaran. Walaubagaimanapun, jika perjalanannya tiada kesukaran maka puasa masih wajib dilakukan.

4. Mengerjakan solat sunat di atas kenderaan dengan menghadap ke arah yang dituju oleh kenderaan. Walaubagaimanapun, solat masih wajib dilakukan setelah turun dari kenderaan (kecuali keadaan tertentu seperti di atas kapal terbang perjalanan panjang, boleh solat semampunya).

5. Bertayamum jika sukar mendapatkan air.

6. Meninggalkan solat sunat Rawatib ketika safar

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Allah S.W.T memberi keringanan bagi musafir dengan menjadikan solat yang empat raka’at menjadi dua raka’at. Jika solat sunat Rawatib sebelum dan selepas solat fardhu disyaria’tkan ketika safar, tentu mengerjakan solat fardhu dengan sempurna (empat raka’at) lebih utama.” (Zaadul Ma’ad, 1/298). Namun, Nabi S.A.W masih melakukan solat sunat Qabliyah subuh ketika bersafar. Jadi, beliau S.A.W masih tetap mengerjakan solat Witir. Ibnul Qayyim rahimullah mengatakan, “Termasuk di antara petunjuk Nabi S.A.W ketika bersafar adalah mengqasar solat fardhu dan beliau tidak mengerjakan solat sunat Witir dan solat sunat Qabliyah Subuh. Beliau tidak pernah meninggalkan kedua solat ini baik ketika bermukim dan ketika bersafar.” (Zaadul Ma’ad, 1/456). Doa malam, Solat Dhuha, solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat Muthlaq lainnya, masih boleh dilakukan ketika safar. (Lihat Sahih Fiqh Sunnah, 1/490)

Meskipun orang yang bersafar mendapatkan keringanan seperti di atas, namun ia akan dicatat mendapatkan pahala seperti mengerjakan sempurna empat raka’at. Itulah kemudahan yang Allah berikan bagi hamba-Nya. Nabi S.A.W,

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Jika seseorang sakit atau bersafar, maka dicatat baginya pahala sebagaimana ia mukim atau ketika ia sihat.” (HR. Bukhari no. 2996)

Demikian beberapa keringanan ketika bersafar/melancong. Semoga bermanfaat bagi kita yang sedang melakukan safar atau melancong. Moga perjalanannya juga mendapat barakah. Wallahu waliyyut taufiq.

Sumber: https://rumaysho.com/1922-keringanan-bagi-musafir.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *