1. SKOP TUGAS:-

1.1 Memasar dan mengiklankan produk dan servis secara beretika, jujur dan berakhlak tinggi.
1.2 Menerangkan maklumat produk berdasarkan pakej yang dikeluarkan syarikat.
1.3 Mendapatkan pelanggan untuk tempahan pakej/produk daripada syarikat.
1.4 Membantu pelanggan mengisi Borang Pendaftaran untuk tempahan pakej/produk.
1.5 Menjual pakej pelancongan terkini yang boleh di dapati di www.mimmtravel.com dan
daripada pihak syarikat.

2. KEISTIMEWAAN:-

2.1 Menerima komisyen jualan yang lumayan mengikut Pelan Komisyen Wakil Jualan.
2.2 Mendapat BONUS sekiranya mencapat target jualan mengikut Pelan Komisyen Wakil
Jualan.
2.3 Menikmati DISKAUN ISTIMEWA dari pakej percutian syarikat MIMM Travel & Tours.
2.4 Berpeluang menjadi ketua kumpulan umrah atau pakej percutian
(umrah dan bercuti secara PERCUMA).
2.5 Mendapat sokongan bagi membantu meningkatkan jualan.lan.

3. SOKONGAN SYARIKAT:-

3.1 Latihan tentang pengetahuan pakej pelancongan terkini dan cara menjual.
3.2 Makluman isu-isu semasa dan juga undang-undang terkini terutama industri umrah.
3.3 Kit Pemasaran termasuk kad perniagaan, risalah, poster, borang daftar dan lain lain.
3.4 Pakej buka tapak jualan (booth) di acara – acara yang disertai syarikat atau disertai Wakil
Jualan.
3.5 Lain – lain sokongan untuk memantapkan pemasaran Wakil Umrah.

4. TERMA & SYARAT:-

4.1 Wakil Jualan perlu melampirkan salinan kad pengenalan beserta butiran diri yang lengkap
kepada syarikat.
4.2 Wakil Jualan tidak boleh menerima atau menyimpan sebarang pembayaran dari pelanggan
samada dalam bentuk tunai ataupun pindah wang ke akaun bank peribadi.
4.3 Setiap pelanggan dari Wakil Jualan hanya dikenalpasti melalui BORANG PENDAFTARAN.
4.4 Pembayaran daripada pelanggan perlulah terus kepada akaun syarikat atas nama
“MIMM TRAVEL & TOURS SDN BHD”.
4.5 Pembayaran daripada pelanggan secara tunai perlulah melalui MESIN DEPOSIT TUNAI
atau melalui kaunter bank.
4.6 Syarikat akan mengenakan bayaran pendaftaran Wakil Jualan sebanyak RM150
(boleh dipotong melalui komisyen).
4.7 Wakil Jualan harus memperbaharui keahlian sekiranya tamat tempoh tanpa sebarang caj
dikenakan.
4.8 Wakil Jualan perlu menepati Akta Pelancongan yang di tetapkan Kementerian Pelancongan
Malaysia.
4.9 Syarikat berhak membatalkan keahlian Wakil Jualan sekiranya melanggar perjanjian terma
& syarat.

PENDAFTARAN EJEN JUALAN & PEMASARAN

Kawasan Target Jualan

Salinan IC

Click box ini dan saya dengan ini bersetuju dengan terma & syarat di atas. Saya juga mengesahkan semua maklumat yang diberikan adalah benar.