ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT DATANG, WELCOME!

img_6736-590x590

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MIMM Travel & Tours Sdn Bhd adalah agensi pelancongan Malaysia yang diperbadankan sejak 12 Disember 2012 di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dalam Pelancongan Domestik (Inbound Tours), Pelancongan Luar Negara (Outbound Tours) dan Agensi Pelancongan (Pengtiketan). MIMM Travel & Tours mempunyai kelebihan dengan sistem tempahan tiket penerbangan, AMADEUS, menjadikan agensi kami sebagai salah satu pilihan yang terbaik untuk merancang perjalanan yang lancar dan tidak dapat dilupakan.

Tambahan lagi, MIMM Travel & Tours adalah pengendali umrah yang unik untuk pengembara Muslim. Kami menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menyediakan dan memastikan perjalanan Umrah berjalan dengan lancar, perkhidmatan dengan kualiti terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai “Pelayan Tetamu Allah”. Kepuasan kami datang dari pelanggan-pelanggan yang sangat berpuas hati dengan mutu perkhidmatan kami sepanjang perjalanan bersama MIMM Travel & Tours, “Feel The Serenity”.

Bagi mereka yang merancang untuk melawat Malaysia, anda akan ditawarkan dengan pelbagai aktiviti untuk diterokai. Rakyat Malaysia adalah yang paling mesra yang anda akan jumpa. Kami juga berbangga menjadi satu komuniti di Asia yang boleh berbahasa Inggeris. Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai budaya, agama dan warisan etnik.

“Selamat Datang to Malaysia, Truly Asia”.