+603 4162 7879 info@mimmtravel.com

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login
+603 4162 7879 info@mimmtravel.com

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Dokumen Visa Umrah

Maklumat Asas

1DOKUMEN ASAS

Para Jemaah perlu menyediakan:
Dokumen a, b, c & dokumen tambahan mengikut keperluan.
a) Passport Antarabangsa yang masih sah laku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 3 muka surat kosong.
b) Gambar untuk Visa Umrah 2 keping bersaiz 4 x 6 cm, berlatar belakang putih dan saiz muka 80%. (Lelaki: tidak bersongkok/ Wanita: Wajib bertudung gelap)
c) Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

2MAKLUMAT TAMBAHAN (PENTING)

*** Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur melebihi 18 tahun.
*** Passport yang tiada nama bapa perlu buat pengesahan di Imigresen pada passport atau sertakan kad pengenalan original jika memang tiada nama bapa.
*** Pembalut (cover) passport selain warna passport antarabangsa Malaysia (merah) tidak diperlukan.
*** Anak angkat hanya boleh bermahram kepada bapa angkat yang tertulis nama pada sijil anak angkat.

3BAHAGIAN PENGESAHAN UNTUK DOKUMEN

– Salinan Sijil Nikah/Cerai
** Pengesahan salinan sijil nikah hanya dari Bahagian Nikah/Cerai/Rujuk atau Pejabat Qadi sahaja yang diterima oleh Wisma Putra.
** Salinan sijil nikah untuk ibu yang berumur 45 tahun keatas wajib ada pengesahan dari Bahagian Nikah/Cerai & Rujuk atau Qadi sekiranya membawa anak yang berumur di bawah 13 tahun.

– Salinan Sijil Lahir/Sijil Kematian/Sijil Anak Angkat
**Jabatan Pendaftaran Negara

– Consent Letter (Surat Persetujuan)
** Consent Letter perlu pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam

Mahram & Dokumen

BIL JEMAAH MAHRAM DOKUMEN DIPERLUKAN NOTA
1   Isteri Suami –       Salinan Sijil Nikah ·         Pastikan Salinan Sijil Nikah telah disahkan Oleh Pejabat Agama  
2 Anak perempuan dibawah umur 45 dan anak lelaki di bawah 18 tahun Bapa –       Salinan Sijil Lahir anak ·         Pastikan Salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN)
3 Adik Beradik Abang/Adik Lelaki –       Salinan Sijil Lahir adik beradik –       Letter Of Consent Dari Bapa/Suami –       Sijil Nikah (jika sudah berkahwin) –       Sijil Kematian Bapa (Jika bapa meninggal dunia dan belum berkahwin) ·         Pastikan Salinan Sijil Lahir/sijil kematian bapa tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) ·         Pastikan Salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama ·         Pastikan Consent Letter perlu pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam
4 Ibu di bawah umur 45 tahun kebawah Anak Lelaki –       Letter Of Consent dari Suami –       Salinan Sijil Nikah/Sijil Cerai (jika sudah berpisah) –       Salinan Sijil Lahir Anak Lelaki –       Salinan Sijil Kematian Suami (jika berkaitan) ·         Pastikan Consent Letter perlu pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam ·         Pastikan Salinan Sijil Nikah/Sijil cerai telah Disahkan Oleh Pejabat Agama ·         Pastikan Salinan Sijil Lahir/sijil kematian suami tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN)
5 Anak Angkat Bapa Angkat –       Salinan Sijil Anak Angkat ·         Pastikan dokuman tersebut telah disahkan oleh JPN. ·         Ibu Angkat mesti ikut serta bersama tiket penerbangan.
6 Anak Tiri Bapa Tiri –       Salinan Sijil Lahir anak tiri –       Surat Kuasa Makhamah Syariah/Pejabat Agama (Surat  Kuasa Hak Jagaan  Anak, jika berkaitan) –       Letter Of Consent Dari Bapa Kandung (boleh diisi oleh adik beradik lelaki atau ayah saudara jika ayah meninggal dunia) –       Lampirkan Salinan Kad Pengenalan Bapa/sesiapa yang mengisi letter of consent (disahkan JPN) –       Salinan Sijil Nikah Ibu yang baru dan sijil cerai (jika berkaitan) –       Salinan sijil kematian ayah kandung (jika berkaitan) ·         Pastikan Salinan Sijil Lahir/sijil kematian bapa tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) ·         Letter Of Consent – perlu ditulis pada bahagian relation-Mother`s Husband bukan – Step Father ·         Consent Letter perlu pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam ·         Pastikan Salinan Sijil Nikah/Sijil cerai telah Disahkan Oleh Pejabat Agama (Bahagian Nikah/Cerai/Rujuk atau Qadi
7 Anak Saudara Bapa Saudara             –       Salinan Sijil Lahir Anak Saudara –       Salinan Sijil Lahir Bapa Saudara –       Salinan Sijil Lahir Bapa & ibu –       Letter Of Consent Dari Bapa Kandung Sahaja/Suami –       Salinan surat nikah (jika sudah berkahwin) –       Sijil kematian suami/ayah (jika berkaitan) ·         Pastikan Salinan Sijil Lahir/sijil kematian bapa tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) ·         Letter of Consent-Jika bapa meninggal, sertakan surat mati/abang@adik lelaki(sijil lahir)/datuk/bapa saudara (sijil lahir)/suami(sijil nikah) ·         Consent Letter perlu pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam ·         Pastikan semua dokumen berkenaan telah disahkan oleh pihak yang berkenaan
8 Cucu Datuk –       Salinan Sijil Lahir Cucu –       Salinan Sijil Lahir Bapa & ibu –       Salinan sijil lahir datuk –       Letter Of Consent Dari Bapa Kandung Sahaja/adik beradik lelaki (jika bapa sudah tiada) –       Salinan IC sesiapa yang isi Letter of Consent –       Serta Salinan sijil nikah jika datuk sebelah ibu ·         Letter of Consent-Jika bapa meninggal,sertakan surat mati/abang@adik lelaki(sijil lahir)/datuk/bapa saudara (sijil lahir)/suami(sijil nikah) ·         Pastikan Salinan Sijil Lahir/sijil kematian bapa tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) ·         Salinan perlu disahkan JPN
9 Warganegara Asing Majikan –       Kad Pengenalan Asal (Untuk Permastautin Tetap) –       Visa Pekerja (Employment Pass) –       Surat Pengesahan Majikan –       Surat akuan belajar/bekerja –       Visa Pelajar (Student Visa) –       Surat pengesahan dari Kolej/University/Sekolah –       Visit Visa (Multiple Entry) –       Sijil nikah majikan ·         Bagi pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta ·         Permit perlu sah laku 6 bulan ke atas ·         Salinan sijil nikah /sijil lahir yang dikeluar selain di Malaysia perlu mendapatkan pengesahan dari Kedutaan yang mengeluarkan sijil tersebut. ·         Surat pengesahan majikan dan universiti perlu mendapat pengesahan dari pesuruhjaya sumpah beragama Islam ·         Surat akuan belajar & bekerja perlu pengesahan dari pesuruhjaya sumpah beragama Islam ·         Passport Indonesia perlu ada nama bapa (jika tiada –perlu buat endorsmen di Kedutaan Indonesia)