Terma & Syarat Pelancongan Luar Negara

PAKEJ PELANCONGAN LUAR NEGARA

TERMA & SYARAT

UMUM

    1. Pelanggan perlu menghubungi pihak MIMM Travel & Tours untuk memastikan ada kekosongan pada tarikh yang diingini.
    2. Bilik adalah berdua kecuali tidak cukup rakan sebilik , bilik akan menjadi bilik bertiga
    3. Bayaran deposit tempahan ialah RM1,000 seorang. Bayaran penuh hendaklah diselesaikan selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
    4. Pembayaran boleh dibuat dengan wang tunai / perbankaan atas talian / cek / draf bank atas nama : MIMM Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun Maybank Islamic :5642 2162 8199.Pihak MIMM Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab jika pembayaran dibuat ke akaun selain akaun MIMM Travel & Tours.
    1. Jadual perjalanan , lawatan dan apa apa aktiviti di negara dikunjungi adalah tertakluk kepada peraturan semasa negara dikunjungi.
    2. Sebarang pindaan selepas pengesahan dibuat akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM200 seorang tidak termasuk kos-kos pindaan.
    3. Pihak MIMM Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau negara dikunjungi.
    4. Tiada bayaran balik atau pengurangan harga jika pelanggan memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan atau perkara yang termasuk dalam pakej.
    5. Harga di dalam brosur adalah harga semasa pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan semasa . Pihak MIMM Travel berhak menaikkan harga berdasarkan kenaikan kos semasa melalui notis makluman.
    6. Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi dan undang undang di negara dikunjungi yang memerlukan penambahan hari dan melibatkan jadual perjalanan, pengiraan kos alternatif tambahan akan dilaksanakan dan pihak MIMM Travel & Tours tidak akan menanggung kos berkenaan.
    7. Pihak MIMM Travel & Tours berhak menolak,mengubah atau meminda mana-mana terma syarat atau menarik balik promosi bila bila tanpa notis.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  1. Kos rawatan. ubat-ubatan, wad dan kuarantin di hospital tempatan negara dikunjungi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.
  2. Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.
  3. Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  4. Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
  5. Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.

PEMBATALAN OLEH PELANGGAN

  1. Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
  2. Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah MIMM Travel & Tours Sdn Bhd bagi mengelakkan salah faham.
  3. Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.
  4. Pembatalan dalam tempoh 35 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 35% dari harga pakej.
  5. Pembatalan dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 50% dari harga pakej.
  6. Pembatalan dalam tempoh 8 – I5 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 75% dari harga pakej.
  7. Pembatalan dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 100% dari harga pakej.
  8. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan.

PEMBATALAN LUAR KAWALAN SYARIKAT

  1. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej pelancongan jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok. rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan negara dikunjungi.
  2. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkon tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej pelancongan yang ditempah oleh pelanggan.
  3. Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
    1. Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk;
      1. Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau:
      2. Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh MIMM Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
    2. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada semua syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan oleh MIMM Travel & Tours Sdn Bhd.

PEMBATALAN OLEH SYARIKAT

Sekiranya keadaan memerlukan MIMM Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan tempahan pakej pelancongan disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.

 

Proceed Booking