1. Pelanggan perlu menghubungi pihak MIMM Travel & Tours untuk memastikan ada
kekosongan pada tarikh yang diingini.
2. Semasa mendaftar, pelanggan perlu menetapkan bilik yang ingin diduduki sama ada
bilik berempat, bertiga atau berdua. Jika pelanggan ingin bilik berempat , pelanggan
mesti mempunyai rakan sebilik bagi mencukupkan bilik berempat atau menunggu
pelanggan lain untuk memenuhi bilik berempat. Jika tidak ada atau tidak mencukupi
4 orang sebilik, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan bilik sedia ada.
3. Bayaran deposit tempahan ialah RM1,000 seorang. Bayaran penuh hendaklah
diselesaikan selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
4. Pembayaran boleh dibuat dengan wang tunai / perbankan atas talian / cek / draf bank
atas nama MIMM Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun Maybank Islamic :
5642 2162 8199. Pihak MIMM Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab
jika pembayaran dibuat ke akaun selain akaun MIMM Travel & Tours.
5. Jadual perjalanan , lawatan dan apa apa aktiviti di Arab Saudi adalah tertakluk kepada
peraturan semasa Arab Saudi.
6. Sebarang pindaan selepas pengesahan dibuat akan dikenakan caj pindaan sebanyak
RM200 seorang tidak termasuk kos-kos pindaan.
7. Pihak MIMM Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan tidak
dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-
undang Malaysia atau Arab Saudi.
8. Tiada bayaran balik atau pengurangan harga jika pelanggan memilih untuk tidak
menggunakan perkhidmatan atau perkara yang termasuk dalam pakej umrah.
9. Harga di dalam brosur adalah harga semasa pada masa penerbitan. Harga tertakluk
kepada perubahan semasa . Pihak MIMM Travel berhak menaikkan harga berdasarkan
kenaikan kos semasa melalui notis makluman.
10.Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau
perubahan situasi dan undang undang di Arab Saudi yang memerlukan penambahan
hari dan melibatkan jadualperjalanan, pengiraan kos alternatif tambahan akan
dilaksanakan dan pihak MIMM Travel & Tours tidak akan menanggung kos berkenaan.
11. Pihak MIMM Travel & Tours berhak menolak,mengubah atau meminda mana-mana
terma syarat atau menarik balik promosi bila bila tanpa notis.
1. Kos rawatan. ubat-ubatan, wad dan kuarantin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi
atau melebihi perlindungan insurans.
2. Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang
perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.
3. Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga
penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan
terbang dan surcaj bahan api.
4. Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
5. Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
1. Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
2. Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari
mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
bagi mengelakkan salah faham.
3. Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan
dikenakan caj RM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.
4. Pembatalan dalam tempoh 35 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan
dikenakan caj 35% dari harga pakej.
5. Pembatalan dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan
dikenakan caj 50% dari harga pakej.
6. Pembatalan dalam tempoh 8 – I5 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan
caj 75% dari harga pakej.
7. Pembatalan dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan akan
dikenakan caj 100% dari harga pakej.
8. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan.
1. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku
keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok.
rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
2. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkon tarikh alternatif yang sama nilai dengan
pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
3. Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang
telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta
termasuk;
Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau:
Sebarang bayaran yang telah dibayor oleh MIMM Travel & Tours Sdn Bhd kepada
mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
4) Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada semua syarat-syarat pembatalan yang telah
ditetapkan oleh MIMM Travel & Tours Sdn Bhd.
1. Sekiranya keadaan memerlukan MIMM Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan tempahan
pakej umrah disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk
memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah
dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
2. Pembatalan dalam tempoh 8-14 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi
pampasan sebanyak RM150 seorang.
3. Pembatalan dalam tempoh 1 – 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi
pampasan sebanyak RM225 seorang.
4. Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.