fbpx
+603 4162 7879 info@mimmtravel.com

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login
+603 4162 7879 info@mimmtravel.com

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

PAKEJ MOROCCO SPAIN PORTUGAL 14H11M

0

TRIP SEJARAH ISLAM

Trip menghayati sejarah kegemilangan Islam

NAIK 'FLIGHT' KE PORTUGAL

Jimat masa dan tenaga untuk ke Portugal (tidak naik feri)

3 KALI SEHARI MAKAN

Tidak perlu risau kelaparan kerana makanan halal disediakan 3 kali sehari

GUIDE PENGALAMAN

Tour guide berpengalaman mengenai sejarah Islam di Eropah

MASA LEBIH LAMA

Masa lama di Eropah untuk menghayati sejarah Islam

PANORAMA DARI BUKIT ALBAICIN

Menikmati pandangan matahari terbenam berlatar Al Hambra dari bukit AlBaicin

HARGA

DEWASA

12 TAHUN KE ATAS

RM9990

KANAK KANAK

6 - 11 TAHUN

RM8990

KANAK KANAK

2 - 5 TAHUN

RM7990

BAYI

0-1 TAHUN

RM1500

CADANGAN TARIKH PENERBANGAN

  • Oktober - November20 Oktober - 2 November
  • Disember2 - 15 Disember

PAKEJ TERMASUK

  • Penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk 20kg bagasi
  • Penerbangan dari Casablanca ke Lisbon
  • Makan 3 kali sehari
  • Lawatan seperti dalam jadual
  • Pengangkutan 'private' berhawa dingin
  • Tiket masuk ke tempat yang dinyatakan
  • Guide yang berpengalaman
  • Penginapan hotel 3 bintang

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Tipping (atas ketetapan sendiri)
  • Insurans Perjalanan
  • Makan dan minum selain daripada yang disediakan
  • Lebihan had berat bagasi
  • Lawatan yang tidak termasuk di dalam aturcara

JADUAL PERJALANAN

DAY 1PENERBANGAN DARI KL KE CASABLANCA

Berkumpul di KLIA, taklimat, check in, berlepas ke Casablanca.

DAY 2 CASABLANCA

Sampai Casablanca. Airport transfer dan terus menuju ke Marrakesh. Perjalanan kira-kira 2 jam. Tiba di Marrakesh, check in penginapan. Aktiviti bebas dan berehat.Aktiviti bebas dan berehat.

DAY 3 MARRAKESH - RABAT (B/L/D)

Hari ini adalah lawatan bandar bersejarah Marrakesh. Bermula dengan lawatan ke Masjid Koutoubia, merupakan masjid asal senibina Maghribi, yang terkenal dengan menara masjid yang ikonik. Kemudian, kita akan melawat Saadian Tombs, Bahia Palace, taman menara olive, The Medersa Ben Youssef, dan El Badi Palace. Kita akan menuju ke Rabat, bermalam di sana.

DAY 4 RABAT - MEKNES - VOLUBILIS - FEZ (B/L/D)

Di Rabat, kita akan melawat 3 tempat utama iaitu Menara Hassan, merupakan menara masjid yang tidak disiapkan, kemudian The Mohammed V Mausoleum, dan Kasbah Oudayas. Seterusnya kita menuju ke Meknes, melawat Bab El Khamis, Grand Mosque, Palace Tour Idrissid dan Madrasah Bou Inania. Kemudian kita ke bandar Rome Purba Volubilis, merupakan runtuhan kompleks bandar Tamadun Rome yang terbesar di luar Rome. Selepas itu kita meuju ke Fez, bermalam di sana.

DAY 5 FEZ - CASABLANCA (B/L/D)

Fez merupakan antara bandar lama yang bersejarah, pernah menjadi ibu negara Maghribi. Kita akan melawat Bab Boujloud dan daerah Tanner yang merupakan jantung kepada bandar Fes. Kemudian kita akan melawat Karaouine Mosque, merupakan university tertua di dunia. Kemudian kita melawat Foundouk Nejjarine yang merupakan muzium seni dan kraf. Bermalam di Fez.

DAY 6 CASABLANCA - LISBON (B/L/D)

Hari ini kita akan transfer ke Casablanca untuk menaiki penerbangan ke Lisbon. Sebelum itu, kita akan singgah melawat Masjid Sultan Hassan II, sebelum ke airport. Menaiki pesawat ke Lisbon, tiba sahaja di sana, akan transfer ke hotel. Check in dan acara bebas.

DAY 7 SINTRA (B/L/D)

Kita mulakan lawatan di Portugal dengan melawat Sintra. Lokasi pertama kita adalah Cabo Da Roca yang merupakan titik paling barat untuk benua Eropah. Kita teruskan dengan melawat Castello De Mauros, iaitu kubu binaan Empayar Umayyah II. Sebelahnya kita akan melawat Palacio Da Pena, merupakan istana cantik di atas bukit yang pernah didiami oleh Raja Portugal suatu masa Dahulu. Balik ke Lisbon.

DAY 8 LISBON - SEVILLA (B/L/D)

Hari ni kita half day tour di Lisbon. Kita akan melawat Torre De Belem merupakan menara tinjau bersenibina unik di hilir sungai Tagus. Kita akan melawat tugu Padrão Dos Descobrimentos, yang merupakan tugu imperialism Portugal yang tercatat padanya peta negara yang ditawan semasa zaman kegemilangannya dulu. Free asy di Praca Do Comercio untk berganbar dan shopping. Sebelum ke Sevilla, kita akan singgah di Grand Mosque. Kita akan menuju ke Sevilla memakan masa kira-kira 5 jam perjalanan.

DAY 9 SEVILLA - MADINAT AZAHARA - CORDOBA (B/L/D)

Kita akan ada walking tour di tengah bandar lama Sevilla. Kita akan melawat Alcazar Sevilla, dan La Giralda yang merupakan bekas menara masjid yang dijadikan menara gereja. Kita akan melawat Torre Del Oro dan ada optional tour menaiki bot cruise, dan berlabuh di Plaza Espana Sevilla yang terkenal sebagai lokasi penggambaran filem Star Wars. Kemudian kita ke Cordoba, dan singgah di Madinat Azahara yang merupakan ‘Putrajaya’ kepada bandar Cordoba. Bandaraya yang musnah ini pernah menjadi kawasan pentadbiran utama Empayar Umayyah II.

DAY 10 CORDOBA (B/L/D)

Walking tour di Old City Cordoba. Bermula dengan lawatan ke Mezquita Cordoba, masjid yang penuh dengan sejarah kegemilangan Empayar Umayyad II. Kemudian kita akan berjalan sekitar masjid, dan juga melawat Torre Callahora yang merupakan muzium yang memaparkan kegemilangan Islam di zaman Umayyah II. Sebelah petang kita akan berjalan kaki di Calle Judios dan boleh santai membeli belah di Plaza De Las Tendillas. Acara bebas di waktu malam.

DAY 11 CORDOBA - GRANADA (B/L/D)

Kita akan menuju ke Granda, dan dijangka sampai selepas 2 jam perjalanan. Kita akan letak bagasi di hotel, dan bersiar-siar di Plaza Nueva sebelum menuju ke AlHambra. Kita akan masuk ke Nasrid Palace, Alcazaba dan Generalife. Petang, kita free easy di Plaza Nueva. Menjelang senja, optional untuk melawat Bukit Albaicin, di mana spot untuk melihat Alhambra secara keseluruhan. Boleh rasa makanan tradisi Spain iaitu Paella yang halal dan solat di Mas-jid Granada yang cantik mengadap Alhambra.

DAY 12 GRANADA - TOLEDO - MADRID (B/L/D)

Kita akan menempuh perjalanan panjang selama 5 jam sebelum tiba di Toledo. Kita akan ada guided tour selama 3 jam, melawat Alcazar Toledo, Mezquita Del Cristo De La Luz, Alcantara Bridge, Bisagra Gate. Semua ini merupakan tinggalan kerajaan Islam Toledo yang dahulunya bernaung di bawah Empayar Islam Umayyah II. Kita teruskan perjalanan ke Madrid. Check in dan acara bebas.

DAY 13 MADRID - KL (B/L/D)

Kita check out kali terakhir dan pastikan semua barang sudah dikemas rapi. Kita akan ada guided tour Madrid selama 5 jam. Kita akan melawat Royal Palace, Almudena Cathedral, Plaza Mayor, dan Puerta Del Sol Square. Selepas itu kita melawat Bernabeu Stadium yang merupakan stadium rasmi untuk pasukan bola sepak Real Madrid. Kita akan melawat Madrid Islamic Center untuk solat dan makan malam, sebelum transfer ke airport untuk menaiki pesawat ke Malaysia.

DAY 14 KUALA LUMPUR

Sampai Kuala Lumpur

CASABLANCA - CASABLANCA

CASABLANCA - MARRAKESH - RABAT - MEKNES - VOLUBILIS - FEZ - CASABLANCA

LISBON - MADRID

LISBON - SINTRA - LISBON - SEVILLA -MADINAT AZAHARA - CORDOBA - GRANADA - TOLEDO - MADRID

BERMINAT MEMBUAT TEMPAHAN?

 

Deposit RM1000 per pax dan bakinya boleh dibuat secara ansuran selewatnya sebulan sebelum penerbangan. Walaubagaimanapun jika anda benar berminat dan ingin berbincang mengenai deposit, anda boleh menghubungi pihak kami.

BORANG TEMPAHAN

Total Pax :
Adult
Child (Bed)
Child (No bed)
Infant